Monday, October 11, 2010

Masih ditahap LUAR BIASA

"Assalamualaikum mak..apa khabar orang kat rumah?"aku menyapa ibuku yang berada di hujung talian dengan riang..Baru hari ini aku sempat menelefon orang tuaku setelah seminggu aku sibuk dengan kuiz dan ujian..
"Waalaikumsalam..alhamdulillah..semua sihat-sihat je..macam mana belajar?okey?"soal ibuku.
"Alhamdulillah..biasa je mak..hehe..mintak doa mak dengan ayah yerk,"aku menjawab.
"Mak dan ayah sentiasa doakan Mia..tapi ingat Mia,doa je tak cukup.."ibuku mengingatkanku.
"Insya-Allah mak..Mia tak lupa pesan mak dan ayah..mak jangan lah risau..anak mak ni kan cerdik orangnye..hehe.."aku mula bermanja dengan ibuku.."mak..pokok getah sihat?"
"hahahaha..ade pula pokok getah yang ditanya..ada-ada jelah kamu ni..kalau balik bukannya kamu nak pergi menoreh pun,tapi bukan main sibuknya menanya pokok getah..,"ibuku meleter.
"heheheheh...."aku membalas leterannya dengan gelak nakalku.

Ibuku adalah seorang yang periang..kecuali..berkenaan perihal kedua abangku yang sering menimbulkan masalah...Aku sangat kesal dengan abangku Azri dan Azhar yang tidak menjadi seorang manusia..abangku Azri merupakan bekas pelajar Universiti Akita,Jepun.Hanya disebabkan dia tidak berjaya pulang dengan segulung ijazah,dia telah terlibat dengan najis dadah..aku benci padanya.....
Setelah pulang dengan kekecewaan dia mempengaruhi Abang Azhar sehinggalah abangku itu kini tiada masa depan.....Aku sungguh kesal dengan mereka..setiap kali aku pulang ke rumah, aku akan berasa berat hati untuk melihat muka mereka apatah lagi bercakap dengan mereka..semua itu salah mereka kerana menjadi insan yang tidak berguna kepada kedua ibu bapaku...mujur Abang Azrul berjaya mendapatkan segulung ijazah kejuruteraan....
Pernah juga aku terfikir 'andai sahaja kedua abangku itu bisa lenyap dari dunia ini..Astaghfirullahala'zim.....'
 
 "Assalamualaikum!...panjang berangan ea.."Sue,teman sebilikku mengejutkan aku dari lamunan...
"Waalaikumsalam..takdelah.."aku membalas...
"Weh, esok kan kau nak pergi 'DRAGON' awal jage perpustakaan,pergilah tidur awal..dah pukul satu ni,"Sue berpesan.
"Uih..tak perasan aku dah pukul satu ni..thanks Sue..hehe..,"aku akui aku memang mengelamun jauh tadi.
Lupa untuk ku ceritakan Dragon & Pheonix merupakan nama bangunan pusat pengajianku..Bangunan tersebut merupakan bekas kilang kain satu masa dahulu yang diberi nama Dragon & Pheonix.Nama tersebut dikekalkan sebab...entah aku pun tak tahu kenapa...haha..
pusat pengajian Sue,Pusat Pengajian Kejuruteraan(PPK) Alam Sekitar,juga berkongsi bangunan dengan Pusat Pengajianku,PPK Bioproses..uarghh..mengantuk dah..hehe..sempat lagi..

Hari ini aku bertugas tanpa Fatin..Fatin tiba-tiba pula mengalami sakit perut dan memberitahu bahawa dia tidak dapat pergi awal bersamaku..


"Mia!"aku terdengar suara Ain memanggilku..Aku menoleh ke belakang..Ain tiada..
Ketika aku mahu menoleh ke hadapan semula, terlihat abang 'satu tan seribu kg' di balik cermin kaca bilik seminar. Sesuatu menyentap tangkai hatiku tatkala terlihatkannya.. lalu..
"Bedebuk!"aku mengaduh begitu juga insan di hadapanku...'uhh..not again..'..bisikku..
"Opss..Mintak maaf....em...Prof.Zulkali..."aku meminta maaf kerana kecuaianku...'prof lar pulak..kecoh...kecoh...'
"It's okay...lain kali hati-hati.."
Prof. Zulkali hanya tersenyum dan menyambung perjalanannya..dia kelihatan tergesa-gesa..terlalu biasa bagi seorang Dekan di Pusat pengajianku....Begitu juga aku yang tergesa-gesa..kerana maluu.......huhu...

No comments:

Post a Comment