Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) merupakan sebuah universiti yang bertabur. Antara kolej kadiamanku ke kampus pengajianku mengambil masa selama lebih kurang lima belas minit menaiki bas. Bas terakhir akan meninggalkan stesen bas kurang setengah jam sebelum kelas sepatutnya bermula. Siapa lambat, nasib kau lah labu..haha..
"Mia, cepatlah!" pekik kawanku Fatin."Bas dah nak jalan daaa.."sambungnya lagi.
"Kejap lar.."aku dan Fatin terkocoh-kocoh menaiki bas.Pak Cik Abu pemandu bas yang kami naiki hanya tersenyum melihat kerenah kami.
"Sayangilah enzim...bla.bla.bla.bla..,"Wirda meneruskan pembentangannya dalam topik Enzymes. Permulaan pembentangan mataku sangat segar, tanpa kusedari mataku semakin mengecil lalu hampir terlelap sebelum Fatin di sebelahku mengetuk mejaku beberapa kali.
Aku mengalihkan pandanganku ke luar bilik kuliah 3.'Siapalah abang yang tolong aku kelmarin,'aku berkira-kira sendiri.
Tidak kusangka abang tersebut sedang melalui bilik kuliahku."Opss...!"aku yang sedang menongkah dagu hilang sokongan lalu barang-barangku di atas meja lipat jatuh berserakan ke atas lantai.
"Damia,ada sebarang soalan?"Soal Wirda yang terhenti seketika dari pembentangannya disebabkan kekecohanku."Tak..Takde...hehe,"balasku biasa untuk menutup kelakuanku sebentar tadi.
'fuhh..haha..kecoh...kecoh..la kau ni Mia..'desisku sendiri.Apakah?pelik sungguh responku apabila ternampak abang yang entah siapa tak dikenali itu...
"Fatin, aku rasa nak solat asar dulu la sebelum naik bas balik nanti.Kau nak ikut?"ajakku.
"Okeh..beres..,"jawab Fatin dengan sungguh bersemangat.Aku baru mengenali Fatin sewaktu Minggu Suai Kenal pelajar tahun satu. Disebabkan kampung halaman kami berdekatan,kami sering balik kampung bersama. Kedua ibu bapa kami juga telah berkenalan di kampung setelah mengetahui anak mereka berada dalam jurusan yang sama.
Seusai solat aku bersiap lebih awal dari Fatin. "Fatin, aku keluar dulu ea..ada urusan sat kat toilet..haha..,"aku meninggalkan Fatin yang sedang mengenakan tudungnya.
Pintu surau aku tolak sambil menyanyi-nyanyi kecil. Rasa lega telah selasai menunaikan solat asar pada waktu yang agak awal.
Waktu aku mengangkat kepala setelah selesai mengenakan kasut,aku melihat abang kelmarin di hadapanku. Aku ingin cepat meninggalkan situ tidak perasan lantai yang licin disebabkan air dari tempat mengambil wudu' pelajar lelaki. Akibatnya aku terjatuh betul-betul di hadapannya.
"Opss..sorry,"aku mengucapkannya tanpa melihat ke arah susuk tubuh di hadapanku. Aku bangun lalu meninggalkannya sebelum dia sempat berkata apa-apa.
'Ahhh...malunya kau ni Mia.nasib baik tak jatuh terbongkang.kecoh..kecoh..'aku mengomel sendirian.
Hajatku nak ke tandas ku kuburkan begitu sahaja apabila melihat Fatin yang sedang berjalan ke arahku.
No comments:
Post a Comment