Saturday, January 8, 2011

6. Yang Bernama Insan...

"Ready with your highlighter?? Listen to my points carefully and highlight them in your friend's summary!"sungguh lantang suara Miss Lin memberikan arahan kepada pelajar kelas 504.

"Hafiz!whose paper that you're supposed to check?? Everyone must get one set of his or her friend answer to be checked..so,who never answer this set of exercise? "Miss Lin telah berjaya mengesan Hafiz yang tidak mempunyai sebarang kertas untuk disemak..Hafiz hanya mampu terdiam dan menunggu sesiapa yang berani mengaku tidak mengambil set soalan tersebut..
Farhan dan Afif mengangkat tangan menandakan mereka adalah muka-muka yang akan mendapat habuan pada hari itu....seperti biasa Miss Lin akan memberikan habuan khas buat mereka..sebagai contoh...cubitan mungkin!..dan Miss Lini hanya akan tolong mentertawakan kami..haha

"Sit in front of the girls so that I can see your face clearly..and take this papers that belong to your absence friends..Checked it carefully..any mistake your will get some more punishment..!"perasaan kecut sudah sebati dalam jiwa setiap pelajar yang belajar di kelas Miss Lin dam Miss Lini..Bagiku..kelas Bahasa Inggeris adalah kelas terbaikku sepanjang aku berada di sekolah menengah atas..THANK TOU TEACHERS!!

’kari’,’belacan’,’budu’,’cuka’,’gula’...dan banyak lagi sudah kukenalpasti benar rasanya sepanjang umurku di sekolahku itu..KISAS..barangsiapa yang mendengar nama sekolahku itu macam-macam perkara boleh ditimbulkan..dari segi akademik mahupun sahsiah..terdapat juga segelintir yang tidak mampu memberikan sebarang komen terhadap sekolahku...tidak pernah dengar kali!hehe...(jangan perasan famous Mia..)
Tetapi yang aku paling pasti tentang KISAS adalah.. walaupun jauh beribu batu merantau mencari ilmu pelajarnya akan sentiasa bertaut melalui hati..itulah yang dinamakan UKHWAH...

“Jadi Furqan tu senior kau waktu kat KISAS dulu?”Fatin ingin memastikan berita yang baru kusampaikan padanya sebantar tadi...
“Kau pasti ,Mia?”Fiza juga tidak melepaskan peluang memastikannya.
“Yup..pasti..!”jawabku tanpa ragu..”Emm..Bella?additional question or dissatisfaction??”tambahku lagi setelah melihat wajah Bella yang sedang berkerut-kerut..macam mahu meluahkan sesuatu..
“Kalau Abang tu senior kau dari KISAS, sepatutnya dia mesti alim orangnya kan..?”persoalan dari Bella itu memang sudah biasa kudengar...dan jawapanku tetap sama iaitu...”Hah..yang itu depend pada pemilik diri la.”

Cerita tentang Furqan sampai juga ke telinga mereka..aku kan Mia..bukan nak kecoh tapi rasa bangga ada senior kat tempat baru..Apabila aku ditanya oleh Sue,apalah yang seronok sangat jumpa senior sekolah di UNIMAP ni..orang lain biasa je..aku tak dapat nak terangkan perasaanku..aku tetap percaya yang hanya pelajar KISAS yang faham...hehe..bukan nak memberi keistimewaan yang tidak berasas terhadap bekas pelajar sekolahku...just accept the way it is okay!hehe...

 Hari berlalu dengan tenang walaupun debaran dihujung semester kian terasa. Furqan banyak berkongsi denganku tentang pengalamannya sepanjang berada di Unimap.Cukup berguna buatku untuk dijadikan pedoman dan panduan.
Peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang membuatkan semua orang tenggelam dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran. Begitu juga dengan rakan-rakan yang sekelas denganku.