Sunday, October 24, 2010

5-Aku Insan Biasa yang masih biasa2 jer..haha

"Yeyeh!..abang balik bawa coklattt!!!"aku terjerit keriangan apabila melihat Abang Ai memegang sebungkus coklat almond di tangannya..Abangku yang baru sahaja pulang dari kerja mengulum senyuman apabila terdengar jeritanku..Hari ini adalah hari abangku itu mendapat gajinya.Begitulah rutinnya setiap bulan..ada gaji,adalah coklat!...
 
"Abang Ai ni lain kali belilah lagi coklat banyak-banyak..hehehe,"begitulah juga ayatku yang ku ulang setiap kali aku menikmati coklat darinya..Adikku,Ina masih lagi kecil dan belum pandai berebutkan barang denganku..
Tanpa kusedari....coklat yang sedang kunikmati terasa semakin tawar dan hilang manisnya.Wajah abangku yang sedang tersenyum hilang serta-merta dari pandanganku.."ABANGG!!"Jeritanku langsung tidak meninggalkan kesan...

Hari ini aku berseorangan meninggalkan kolej kediamanku menuju ke Dragon.Tugasku sebagai salah seorang ahli jawatankuasa perpustakaan mini di PPK Bioproses, membiasakan diriku hadir awal  di PPK....mimpiku malam tadi membuatkan tidurku kurang berkualiti dan kepalaku terasa sedikit pening.Namun kugagahi juga kaki ini melangkah demi mengisi ilmu di dada....'Abang Ai' merupakan panggilan manja Abang Azhar di rumah...mimpiku malam tadi yang juga merupakan sedutan lalu dalam hidupku berlegar-legar di ruang mindaku....aku kecewa dengan abangku itu...kecewa..

 Aku terlihat kelibat Furqan melalui pintu perpustakaan.. 'Alhamdulillah'...aku sudah semakin maju dalam mengawal perasaanku...
Bunyi bising datang dari perbualan pelajar-pelajar tahun 3 Kejuruteraan Bioproses di luar perpustakaan menganggu konsentrasiku..seperti biasa semasa aku bertugas aku akan mengulangkaji sedikit sebanyak apa yang telah kupelajari di kelas..'pelajar-pelajar baru keluar kelas la tu,'desisku.Mereka masuk beramai-ramai,bilik yang sempit itu terasa sesak dengan kehadiran mereka yang ramai...aku hanya diam menundukkan pandanganku dari mereka...Aku memang berasa sungguh tidak selesa berada bersama sekumpulan lelaki di dalam bilik yang kurang keluasan itu...

 "Mia,Mia!meh sini jap.."satu suara memanggilku.
Kulihat Aqasyah di muka pintu perpustakaan yang sedang memanggilku..Dia merupakan rakan sekelasku.Sudah berumur 22 tahun tetapi berperangai sungguh kebudak-budakan...
"Kenapa??"aku bertanya kepadanya.Aku sememangnya kurang mahir bercakap dengan nada lembut terhadap lelaki.
"Sekejap je..nak mintak kau ajarkan Biochemistry ni..serius tak faham langsung.."jawabnya.
Aku melihat ke arah Eddy yang seakan wujud tak wujud dari tadi...Akhirnya aku menurut permintaan Aqasyah..
"Eddy, aku keluar sekejap tau.."aku memberitahunya sebelum keluar bagi mengingatkan Eddy bahawa hanya dia yang akan bertugas di dalam perpustakaan itu sebentar lagi...

Aku mencari meja yang lebih terbuka untukku dan Aqasyah. Setelah aku benar-benar selesa dengan kedudukanku aku memulakan sesi.(ceh,'sesi' la plak..hehe)
"Okeh..ape yang kau tak faham?"tanyaku.
"Em...ni hah pasal water..aku tak faham dari awal la,"Aqasyah memberitahu sambil mengaru-garu kepalanya yang entah gatal atau tidak..
"Biar betul kau ni??em...wait a second,aku nak tanya ni..cube kau beritahu aku macam mana hydrogen bond tu terjadi?"aku memang sengaja mahu mengetahui setakat mana ketidakfahamannya dalam subjek ini.
 "Hahahahaha..mane la aku tau sejarah kelahiran hidrogen-hidrogen ni...haha..Pelik betul la soalan kau ni..."Aqasyah meneruskan gelaknya yang tidak bertempat..
"Astaghfirullahal'azim...Syah oi!bila mase pulak aku tanya sejarah kelahiran hidrogen ni?aku tanya pasal ikatan hidrogen la..ikatan atom dalam molekul air.."aku sudah merasakan bahawa kondisi Aqasyah  kini harus sudah boleh berada di dalam wad ICU...aku meneruskan usaha setakat kemampuanku...sehinggalah waktu untuk masuk ke kelas tiba...

Khairul Aqasyah bin Abd Hasyim adalah rakan sekuliahku..lebih tua beberapa tahun dariku.Dia selalu cuba mendekatiku dalam pelbagai cara.Kadang-kadang aku juga sampai kehilangan sabar melayan kerenahnya.Mesej dan panggilan darinya boleh dikatakan setiap hari masuk.Aku sebagai seorang insan biasa yang sering hanyut dalam kelalaian melayaninya tanpa berfikir dua kali.Aku juga pernah cuba memutuskan talian apabila dia mengatakan sesuatu yang mengarut lalu aku dikatakan berlagak...sekarang aku sudah jarang melayaninya walaupun aku dikatakan sebagai seorang yang berlagak sombong dengannya...Ya Allah, berilah hamba-Mu ini hidayah dan petunjuk...

Aku sampai di Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani(KKG), Wang Ulu tepat jam 5.35 petang.Setelah selesai membeli makanan aku naik ke teratakku di tingkat teratas,tingkat 4..huhu..penat betul..
Komputer ribaku kubuka..Facebook yang kutuju.Sudah beberapa hari aku tidak menjenguk alam maya ku yang satu itu.
Hatiku tergerak untuk mencari nama Furqan...'okeh..jumpa pun..1 mutual friend...'link 1 mutual friend kutekan...sungguh aku tak sangka profil guru Bahasa Inggeris sewaktu aku di sekolah dulu terpapar di skrin PCku..'Hah!!Miss Lin & Miss Lini??'.......jeng3!....aku ada senior dari sekolah di Unimap...dan seniorku adalah Furqan...adakah ini satu kebetulan??

Thursday, October 14, 2010

4-Hakikatnya...

Apakah yang terjadi pada diriku sebenarnya? Aku merasakan perkara ini tidak harus berlaku padaku..
'Mak, ayah..Mia minta maaf..Mia tak sepatutnya memikirkan sesuatu yang belum masanya' detik hati kecilku..
Kebelakangan ini aku menjadi bukan diriku apabila si dia berada di depan mataku...Fiza juga perasan akan kelainanku.

"Mia....,"Fiza memanggilku.
"Mia.." tiada respon dariku."Aleesya Damia bt Hj. Kareem!"tempik Fiza dengan suara yang sederhana lantang tetapi cukup membuatkan aku tersedar dari lamunanku...
"Kenapa kebelakangan ni aku tengok kau diam jerk..bukan ko ni macam bertih jagung ke sepatutnya.."Fiza mendugaku."Ada problem story lar...jangan simpan seorang.."
Fiza sememangnya seorang yang cukup sensitif dengan perkara yang berlaku di sekeliling...aku kagum dengan sikapnya yang satu itu..sentiasa membuatkan orang-orang di sekitarnya berasa dihargai.
"Huhu...yeke?tak perasan pulak aku dah diam sekarang..takde ape lah.."aku hanya tergelak kecil untuk menutup gelodak di hatiku..

aku sebenarnya sedang mencari diriku semula..mencari jati diriku supaya tidak mudah hanyut dalam angan-angan duniawi yang memudaratkan diriku...sukakah aku padanya..tetapi atas dasar apa??...
WAN MUHAMMAD FURQAN WAN ARIFFIN...
Aku terlihat nama itu di satu sudut nama pelajar bersama cetakan gambar..orang yang menjadikan aku seorang yang luar biasa sudah ku ketahui gerangannya..seorang pelajar tahun empat...lalu???

Aku berjalan tergesa-gesa menuju ke deretan bilik pensyarah..sungguh banyak tugasan yang diberikan kepada kami kebelakangan ini...Aku terlalu cuai mungkin sehingga terlanggar seoseorang yang bertembung denganku di selekoh..habis semua kertas jawapan tugasan rakan sejurusanku bertaburan..
"Maaf, saya tak sengaja,"aku berkata insan malang itu sambil mengutip semula kertas-kertas tersebut.
Ketika aku mengangkat pandanganku padanya baru kutahu insan malang yang terpaksa membantutkan perjalanannya keranaku adalah Furqan! Dia juga turut sama menolongku.
"Takpe,"dia berdiri semula setelah habis menolongku lalu meninggalkanku dengan terburu-buru tanpa menoleh semula ke belakang.....sungguh...dia langsung tidak memandang ke arahku....sedikit pun tidak..

Hakikatnya..aku bukanlah sesiapa di matanya..adakah aku terlalu bodoh untuk memikirkan hal ini kerana aku sendiri tidak berusaha untuk berkenalan dengannya....mungkin...tetapi aku adalah seorang muslimah...maluku membataskan keinginanku...biarlah di hati ini hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Lagi satu hakikat yang harus aku akui adalah aku sebenarnya masih muda...apalah kesinambungannya aku terlalu memikirkan hal ini...19 tahun adalah umur yang muda walaupun ibuku telah mempunyai seorang anak ketika umurnya sebayaku....arwah abang sulungku..Arham Abdul Rahim.. Abg Longku meninggalkan dunia menemui Sang Penciptanya pada umurnya 17 tahun...ketika itu aku masih belum wujud pun di rahim ibuku apatah lagi di dunia ini...Aku harus menjadi seorang yang kuat!

Monday, October 11, 2010

Masih ditahap LUAR BIASA

"Assalamualaikum mak..apa khabar orang kat rumah?"aku menyapa ibuku yang berada di hujung talian dengan riang..Baru hari ini aku sempat menelefon orang tuaku setelah seminggu aku sibuk dengan kuiz dan ujian..
"Waalaikumsalam..alhamdulillah..semua sihat-sihat je..macam mana belajar?okey?"soal ibuku.
"Alhamdulillah..biasa je mak..hehe..mintak doa mak dengan ayah yerk,"aku menjawab.
"Mak dan ayah sentiasa doakan Mia..tapi ingat Mia,doa je tak cukup.."ibuku mengingatkanku.
"Insya-Allah mak..Mia tak lupa pesan mak dan ayah..mak jangan lah risau..anak mak ni kan cerdik orangnye..hehe.."aku mula bermanja dengan ibuku.."mak..pokok getah sihat?"
"hahahaha..ade pula pokok getah yang ditanya..ada-ada jelah kamu ni..kalau balik bukannya kamu nak pergi menoreh pun,tapi bukan main sibuknya menanya pokok getah..,"ibuku meleter.
"heheheheh...."aku membalas leterannya dengan gelak nakalku.

Ibuku adalah seorang yang periang..kecuali..berkenaan perihal kedua abangku yang sering menimbulkan masalah...Aku sangat kesal dengan abangku Azri dan Azhar yang tidak menjadi seorang manusia..abangku Azri merupakan bekas pelajar Universiti Akita,Jepun.Hanya disebabkan dia tidak berjaya pulang dengan segulung ijazah,dia telah terlibat dengan najis dadah..aku benci padanya.....
Setelah pulang dengan kekecewaan dia mempengaruhi Abang Azhar sehinggalah abangku itu kini tiada masa depan.....Aku sungguh kesal dengan mereka..setiap kali aku pulang ke rumah, aku akan berasa berat hati untuk melihat muka mereka apatah lagi bercakap dengan mereka..semua itu salah mereka kerana menjadi insan yang tidak berguna kepada kedua ibu bapaku...mujur Abang Azrul berjaya mendapatkan segulung ijazah kejuruteraan....
Pernah juga aku terfikir 'andai sahaja kedua abangku itu bisa lenyap dari dunia ini..Astaghfirullahala'zim.....'
 
 "Assalamualaikum!...panjang berangan ea.."Sue,teman sebilikku mengejutkan aku dari lamunan...
"Waalaikumsalam..takdelah.."aku membalas...
"Weh, esok kan kau nak pergi 'DRAGON' awal jage perpustakaan,pergilah tidur awal..dah pukul satu ni,"Sue berpesan.
"Uih..tak perasan aku dah pukul satu ni..thanks Sue..hehe..,"aku akui aku memang mengelamun jauh tadi.
Lupa untuk ku ceritakan Dragon & Pheonix merupakan nama bangunan pusat pengajianku..Bangunan tersebut merupakan bekas kilang kain satu masa dahulu yang diberi nama Dragon & Pheonix.Nama tersebut dikekalkan sebab...entah aku pun tak tahu kenapa...haha..
pusat pengajian Sue,Pusat Pengajian Kejuruteraan(PPK) Alam Sekitar,juga berkongsi bangunan dengan Pusat Pengajianku,PPK Bioproses..uarghh..mengantuk dah..hehe..sempat lagi..

Hari ini aku bertugas tanpa Fatin..Fatin tiba-tiba pula mengalami sakit perut dan memberitahu bahawa dia tidak dapat pergi awal bersamaku..


"Mia!"aku terdengar suara Ain memanggilku..Aku menoleh ke belakang..Ain tiada..
Ketika aku mahu menoleh ke hadapan semula, terlihat abang 'satu tan seribu kg' di balik cermin kaca bilik seminar. Sesuatu menyentap tangkai hatiku tatkala terlihatkannya.. lalu..
"Bedebuk!"aku mengaduh begitu juga insan di hadapanku...'uhh..not again..'..bisikku..
"Opss..Mintak maaf....em...Prof.Zulkali..."aku meminta maaf kerana kecuaianku...'prof lar pulak..kecoh...kecoh...'
"It's okay...lain kali hati-hati.."
Prof. Zulkali hanya tersenyum dan menyambung perjalanannya..dia kelihatan tergesa-gesa..terlalu biasa bagi seorang Dekan di Pusat pengajianku....Begitu juga aku yang tergesa-gesa..kerana maluu.......huhu...

Saturday, October 9, 2010

2-AKU INSAN LUAR BIASA

Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) merupakan sebuah universiti yang bertabur. Antara kolej kadiamanku ke kampus pengajianku mengambil masa selama lebih kurang lima belas minit menaiki bas. Bas terakhir akan meninggalkan stesen bas kurang setengah jam sebelum kelas sepatutnya bermula. Siapa lambat, nasib kau lah labu..haha..
"Mia, cepatlah!" pekik kawanku Fatin."Bas dah nak jalan daaa.."sambungnya lagi.
"Kejap lar.."aku dan Fatin terkocoh-kocoh menaiki bas.Pak Cik Abu pemandu bas yang kami naiki hanya tersenyum melihat kerenah kami.

 "Sayangilah enzim...bla.bla.bla.bla..,"Wirda meneruskan pembentangannya dalam topik Enzymes. Permulaan pembentangan mataku sangat segar, tanpa kusedari mataku semakin mengecil lalu hampir terlelap sebelum Fatin di sebelahku mengetuk mejaku beberapa kali.
Aku mengalihkan pandanganku ke luar bilik kuliah 3.'Siapalah abang yang tolong aku kelmarin,'aku berkira-kira sendiri.
Tidak kusangka abang tersebut sedang melalui bilik kuliahku."Opss...!"aku yang sedang menongkah dagu hilang sokongan lalu barang-barangku di atas meja lipat jatuh berserakan ke atas lantai.
"Damia,ada sebarang soalan?"Soal Wirda yang terhenti seketika dari pembentangannya disebabkan kekecohanku."Tak..Takde...hehe,"balasku biasa untuk menutup kelakuanku sebentar tadi.
'fuhh..haha..kecoh...kecoh..la kau ni Mia..'desisku sendiri.Apakah?pelik sungguh responku apabila ternampak abang yang entah siapa tak dikenali itu...

"Fatin, aku rasa nak solat asar dulu la sebelum naik bas balik nanti.Kau nak ikut?"ajakku.
"Okeh..beres..,"jawab Fatin dengan sungguh bersemangat.Aku baru mengenali Fatin sewaktu Minggu Suai Kenal pelajar tahun satu. Disebabkan kampung halaman kami berdekatan,kami sering balik kampung bersama. Kedua ibu bapa kami juga telah berkenalan di kampung setelah mengetahui anak mereka berada dalam jurusan yang sama.

Seusai solat aku bersiap lebih awal dari Fatin. "Fatin, aku keluar dulu ea..ada urusan sat kat toilet..haha..,"aku meninggalkan Fatin yang sedang mengenakan tudungnya.
 Pintu surau aku tolak sambil menyanyi-nyanyi kecil. Rasa lega telah selasai menunaikan solat asar pada waktu yang agak awal.
Waktu aku mengangkat kepala setelah selesai mengenakan kasut,aku melihat abang kelmarin di hadapanku. Aku ingin cepat meninggalkan situ tidak perasan lantai yang licin disebabkan air dari tempat mengambil wudu' pelajar lelaki. Akibatnya aku terjatuh betul-betul di hadapannya.

"Opss..sorry,"aku mengucapkannya tanpa melihat ke arah susuk tubuh di hadapanku. Aku bangun lalu meninggalkannya sebelum dia sempat berkata apa-apa.
 'Ahhh...malunya kau ni Mia.nasib baik tak jatuh terbongkang.kecoh..kecoh..'aku mengomel sendirian.

Hajatku nak ke tandas ku kuburkan begitu sahaja apabila melihat Fatin yang sedang berjalan ke arahku.

Friday, October 8, 2010

AKU INSAN BIASA...

   Hujan renyai-renyai yang menyentuh pipiku membuatkanku segera membuka payungku. Sudah hampir sepuluh minit bas yg ditunggu tidak kunjung tiba. Kelasku yang berakhir jam lima tadi adalah kelasku yang terakhir untuk hari ini. Oleh sebab aku mempunyai sedikit urusan bersama pensyarah Biokimia, aku telah tertinggal bas pertama yang sepatutnya mengambil kami tepat jam lima. Pada ketika itu juga mataku tertancap pada seorang yang mungkin kukenali dan mungkin juga tidak.

    Fikiranku berserabut menyiapkan assignment yang diberikan oleh Prof. Jaafar yang melibatkan penukaran unit matrik bagi produksi industri padi di sebuah kawasan pertanian. 
"Eddy, satu tan berapa kilogram yerk?" Eddy yang sedang khusyuk melayari internet kelihatan kabur tentang soalan yang ku tujukan padanya.
"Satu tan bersamaan dengan 1000kg kan?"Aku sudah mula menekankan suaraku.
"Satu tan bersamaan dengan 1000kg," satu suara yang tidak ku kenali menjawab bagi pihak Eddy.
Umph.Siapakah? Fikiranku yang berserabut membuatkan aku terlupa aku sedang berada di perpustakaan mini kampus pengajianku. Aku fikir hanya aku dan Eddy sahaja di situ memandangkan kebanyakan palajar mempunyai kuliah pada waktu sebegini. 
"Terima kasih,"aku membalas suara yang tidak ku kenali sama sekali itu. Aku malu sendiri dengan sikapku yang kurang bersabar dan meninggikan suara pada Eddy sebentar tadi.

Aku menyambung kerjaku sehinggalah satu pertanyaan hadir dari suara asing itu tadi.
"Tahun berapa?"Tatkala itu aku mendongakkan kepalaku sehingga mataku bertembung matanya.Aku menundukkan pandanganku darinya.
"Tahun satu,"aku menjawab.
"Bioproses ke Biosistem?"tanyanya lagi.
"Emm..Bios...."
 "Biosistem?"dia menyambung kata-kataku yang terhenti. 
aku hanya mengagguk tanda mengiakan kata-katanya.
Fikiranku hampir tidak fokus untuk menjawab soalan darinya sejurus aku melihat wajahnya. Seperti ada sesuatu padanya yang membuatkan lidahku tidak mengikut arahan otakku untuk bercakap dengannya.
"Oh.."dia mengangguk sambil tersenyum lalu menyambung kerjanya yang terhenti.

Aku Damia. Sebelum ini, aku hanyalah seorang insan biasa. Namun begitu, sejak detik aku bersua dengannya aku masih lagi insan biasa tetapi bersikap diluar kebiasaanku.

Thursday, October 7, 2010

aku insan biasa.....

Hidupku berputar kembali detik pertama kali kami bersua..
Sejak hari itu, aku masih lagi insan biasa tetapi sikapku diluar kebiasaan...