Sunday, October 24, 2010

5-Aku Insan Biasa yang masih biasa2 jer..haha

"Yeyeh!..abang balik bawa coklattt!!!"aku terjerit keriangan apabila melihat Abang Ai memegang sebungkus coklat almond di tangannya..Abangku yang baru sahaja pulang dari kerja mengulum senyuman apabila terdengar jeritanku..Hari ini adalah hari abangku itu mendapat gajinya.Begitulah rutinnya setiap bulan..ada gaji,adalah coklat!...
 
"Abang Ai ni lain kali belilah lagi coklat banyak-banyak..hehehe,"begitulah juga ayatku yang ku ulang setiap kali aku menikmati coklat darinya..Adikku,Ina masih lagi kecil dan belum pandai berebutkan barang denganku..
Tanpa kusedari....coklat yang sedang kunikmati terasa semakin tawar dan hilang manisnya.Wajah abangku yang sedang tersenyum hilang serta-merta dari pandanganku.."ABANGG!!"Jeritanku langsung tidak meninggalkan kesan...

Hari ini aku berseorangan meninggalkan kolej kediamanku menuju ke Dragon.Tugasku sebagai salah seorang ahli jawatankuasa perpustakaan mini di PPK Bioproses, membiasakan diriku hadir awal  di PPK....mimpiku malam tadi membuatkan tidurku kurang berkualiti dan kepalaku terasa sedikit pening.Namun kugagahi juga kaki ini melangkah demi mengisi ilmu di dada....'Abang Ai' merupakan panggilan manja Abang Azhar di rumah...mimpiku malam tadi yang juga merupakan sedutan lalu dalam hidupku berlegar-legar di ruang mindaku....aku kecewa dengan abangku itu...kecewa..

 Aku terlihat kelibat Furqan melalui pintu perpustakaan.. 'Alhamdulillah'...aku sudah semakin maju dalam mengawal perasaanku...
Bunyi bising datang dari perbualan pelajar-pelajar tahun 3 Kejuruteraan Bioproses di luar perpustakaan menganggu konsentrasiku..seperti biasa semasa aku bertugas aku akan mengulangkaji sedikit sebanyak apa yang telah kupelajari di kelas..'pelajar-pelajar baru keluar kelas la tu,'desisku.Mereka masuk beramai-ramai,bilik yang sempit itu terasa sesak dengan kehadiran mereka yang ramai...aku hanya diam menundukkan pandanganku dari mereka...Aku memang berasa sungguh tidak selesa berada bersama sekumpulan lelaki di dalam bilik yang kurang keluasan itu...

 "Mia,Mia!meh sini jap.."satu suara memanggilku.
Kulihat Aqasyah di muka pintu perpustakaan yang sedang memanggilku..Dia merupakan rakan sekelasku.Sudah berumur 22 tahun tetapi berperangai sungguh kebudak-budakan...
"Kenapa??"aku bertanya kepadanya.Aku sememangnya kurang mahir bercakap dengan nada lembut terhadap lelaki.
"Sekejap je..nak mintak kau ajarkan Biochemistry ni..serius tak faham langsung.."jawabnya.
Aku melihat ke arah Eddy yang seakan wujud tak wujud dari tadi...Akhirnya aku menurut permintaan Aqasyah..
"Eddy, aku keluar sekejap tau.."aku memberitahunya sebelum keluar bagi mengingatkan Eddy bahawa hanya dia yang akan bertugas di dalam perpustakaan itu sebentar lagi...

Aku mencari meja yang lebih terbuka untukku dan Aqasyah. Setelah aku benar-benar selesa dengan kedudukanku aku memulakan sesi.(ceh,'sesi' la plak..hehe)
"Okeh..ape yang kau tak faham?"tanyaku.
"Em...ni hah pasal water..aku tak faham dari awal la,"Aqasyah memberitahu sambil mengaru-garu kepalanya yang entah gatal atau tidak..
"Biar betul kau ni??em...wait a second,aku nak tanya ni..cube kau beritahu aku macam mana hydrogen bond tu terjadi?"aku memang sengaja mahu mengetahui setakat mana ketidakfahamannya dalam subjek ini.
 "Hahahahaha..mane la aku tau sejarah kelahiran hidrogen-hidrogen ni...haha..Pelik betul la soalan kau ni..."Aqasyah meneruskan gelaknya yang tidak bertempat..
"Astaghfirullahal'azim...Syah oi!bila mase pulak aku tanya sejarah kelahiran hidrogen ni?aku tanya pasal ikatan hidrogen la..ikatan atom dalam molekul air.."aku sudah merasakan bahawa kondisi Aqasyah  kini harus sudah boleh berada di dalam wad ICU...aku meneruskan usaha setakat kemampuanku...sehinggalah waktu untuk masuk ke kelas tiba...

Khairul Aqasyah bin Abd Hasyim adalah rakan sekuliahku..lebih tua beberapa tahun dariku.Dia selalu cuba mendekatiku dalam pelbagai cara.Kadang-kadang aku juga sampai kehilangan sabar melayan kerenahnya.Mesej dan panggilan darinya boleh dikatakan setiap hari masuk.Aku sebagai seorang insan biasa yang sering hanyut dalam kelalaian melayaninya tanpa berfikir dua kali.Aku juga pernah cuba memutuskan talian apabila dia mengatakan sesuatu yang mengarut lalu aku dikatakan berlagak...sekarang aku sudah jarang melayaninya walaupun aku dikatakan sebagai seorang yang berlagak sombong dengannya...Ya Allah, berilah hamba-Mu ini hidayah dan petunjuk...

Aku sampai di Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani(KKG), Wang Ulu tepat jam 5.35 petang.Setelah selesai membeli makanan aku naik ke teratakku di tingkat teratas,tingkat 4..huhu..penat betul..
Komputer ribaku kubuka..Facebook yang kutuju.Sudah beberapa hari aku tidak menjenguk alam maya ku yang satu itu.
Hatiku tergerak untuk mencari nama Furqan...'okeh..jumpa pun..1 mutual friend...'link 1 mutual friend kutekan...sungguh aku tak sangka profil guru Bahasa Inggeris sewaktu aku di sekolah dulu terpapar di skrin PCku..'Hah!!Miss Lin & Miss Lini??'.......jeng3!....aku ada senior dari sekolah di Unimap...dan seniorku adalah Furqan...adakah ini satu kebetulan??

1 comment:

  1. sape yang nak jadi watak utama skarang??abg taun 4 ke aqasyah?

    ReplyDelete