Friday, October 8, 2010

AKU INSAN BIASA...

   Hujan renyai-renyai yang menyentuh pipiku membuatkanku segera membuka payungku. Sudah hampir sepuluh minit bas yg ditunggu tidak kunjung tiba. Kelasku yang berakhir jam lima tadi adalah kelasku yang terakhir untuk hari ini. Oleh sebab aku mempunyai sedikit urusan bersama pensyarah Biokimia, aku telah tertinggal bas pertama yang sepatutnya mengambil kami tepat jam lima. Pada ketika itu juga mataku tertancap pada seorang yang mungkin kukenali dan mungkin juga tidak.

    Fikiranku berserabut menyiapkan assignment yang diberikan oleh Prof. Jaafar yang melibatkan penukaran unit matrik bagi produksi industri padi di sebuah kawasan pertanian. 
"Eddy, satu tan berapa kilogram yerk?" Eddy yang sedang khusyuk melayari internet kelihatan kabur tentang soalan yang ku tujukan padanya.
"Satu tan bersamaan dengan 1000kg kan?"Aku sudah mula menekankan suaraku.
"Satu tan bersamaan dengan 1000kg," satu suara yang tidak ku kenali menjawab bagi pihak Eddy.
Umph.Siapakah? Fikiranku yang berserabut membuatkan aku terlupa aku sedang berada di perpustakaan mini kampus pengajianku. Aku fikir hanya aku dan Eddy sahaja di situ memandangkan kebanyakan palajar mempunyai kuliah pada waktu sebegini. 
"Terima kasih,"aku membalas suara yang tidak ku kenali sama sekali itu. Aku malu sendiri dengan sikapku yang kurang bersabar dan meninggikan suara pada Eddy sebentar tadi.

Aku menyambung kerjaku sehinggalah satu pertanyaan hadir dari suara asing itu tadi.
"Tahun berapa?"Tatkala itu aku mendongakkan kepalaku sehingga mataku bertembung matanya.Aku menundukkan pandanganku darinya.
"Tahun satu,"aku menjawab.
"Bioproses ke Biosistem?"tanyanya lagi.
"Emm..Bios...."
 "Biosistem?"dia menyambung kata-kataku yang terhenti. 
aku hanya mengagguk tanda mengiakan kata-katanya.
Fikiranku hampir tidak fokus untuk menjawab soalan darinya sejurus aku melihat wajahnya. Seperti ada sesuatu padanya yang membuatkan lidahku tidak mengikut arahan otakku untuk bercakap dengannya.
"Oh.."dia mengangguk sambil tersenyum lalu menyambung kerjanya yang terhenti.

Aku Damia. Sebelum ini, aku hanyalah seorang insan biasa. Namun begitu, sejak detik aku bersua dengannya aku masih lagi insan biasa tetapi bersikap diluar kebiasaanku.

No comments:

Post a Comment