Thursday, October 27, 2011

7. MeNcArI SaTu JaLaN BeNaR

    Hari yang cerah..Alhamdulillah,pada hari ini aku masih lagi dapat menghirup udara pagi di Perlis. Terima kasih ya Allah diatas anugerah yang tidak terperi ini~satu hari lagi diberikan kepadaku untuk sujud pada-Nya di muka bumi ini..

    "Miaaa...!!..huh..," Fiza tidak cukup nafas memanggil namaku...
Hampir terjelepok aku menuruni anak tangga blok 6 pada pagi itu. Hal ini berpunca daripada kerajinanku membasuh baju di awal pagi tadi..Tak salah basuh baju di awal pagi tapi Mia...bukan hari ni!
Dua buah kereta Myvi hitam sudah mengelip-ngelipkan lampu hadapan tanda protes di atas kelambatanku..
Mengapa mesti aku yang selalu terlambat dalam cerita ini?...

   "Sorry ladies..assalamualaikum,"aku mengucapkan salam sebelum memasuki kereta dan menjadi sebahagian daripada jemaah..
   "Waalaikumsalam...," hampir serentak Farah, Bella dan Ain menjawab salam.
   "Apalah yang kau  buat Mia,,cair dah mekap aku tunggu kau. Bukan kau dah takde dalam  rumah ke masa aku keluar tadi?"Farah menepekkan bedak di mukanya yang chubby itu..bukan apa, hari ini adalah hari pertama Farah keluar rumah beserta mekap...huhu..
    "Aku sidai baju lar...," aku menjawab seringkas mungkin kerana aku sudah tidak sabar mahu mengisi perutku yang asyik mendendangkan lagu Linkin Park sedari aku menyidai baju tadi..aku mengisyaratkan Bella untuk memulakan perjalanan apabila kulihat Fiza melambaikan tangannya ke luar tingkap kereta. Kenderaan Myvi di hadapanku menyusur laju dengan Fiza sebagai pemandu manakala Ika dan Pipah pula menjadi radio tanpa hentinya. Fatin yang berada bersebelahan dengan pemandu hanya menjadi pemerhati setia gelagat Ika dan Pipah..Myvi kami berada betul2 dalam posisi membuntuti mereka..

     Untuk aktiviti hari ini, kami telah merancang beberapa destinasi untuk ditujui~tempat baik punya untuk menghabiskan cuti hujung minggu.Destinasi kami yang pertama : gerai makan Bintong...haha
...........................................................................................................................................

     "Woit..masuk simpang ni ker?"soal Bella yang sedang memandu.
     "Eh..tak,tak..kita belum sampai kilang fermentation lagi lar..,"aku menyampuk sebelum yang lain menjawab 'betul ni!!'...
     "Diorang ni kata nak konvoi, lepas tu kita lambat sikit bukan nak tunggu..bila dah macam ni lagi lambat jadinya," Bella sempat membebel dalam kekalutan mencari jalan yang benar...
      Alkisahnya,aku lagi yang lambat. Tergesa-gesa kami meninggalkan perkarangan C-Mart Arau. Fiza, Ika, Pipah dan Fatin memang dah confirm sangatlah hafal akan jalan ke kampung keluarga angkat kami di Kampung Padang Melaka dan dengan yakinnya meninggalkan kami satu abad kebelakang. Group yang sangat jarang bertandang ke kampung itu adalah...kami..except me, yang sudah sedia maklum memiliki ingatan yang sangat lemah untuk mengingat arah jalan walaupun ada saje sebelum ini aku menziarah Mak Itam, ibu angkatku..

       Setelah lebih kurang  satu jam berlegar-legar didalam kesesatan yang nyata...
       "Tunggu situ,aku datang ambik.."Fiza sudah tidak betah duduk menunggu kami yang tak kunjung tiba..Bahang teriknya matahari di Perlis cukup dirasai mereka walaupun penghawa dingin sudah berada di tahap maksimum..
 
     Alhamdulillah. Kedua ibu dan ayah angkatku sihat walafiat.Begitu juga dengan anak-anaknya merangkap adik-beradik angkatku juga...kami berbual mesra sambil menikmati buah tembikai yang sepatutnya dijadikan sebagai buah tangan untuk mereka. Sempat,juga aku berziarah ke rumah kak Chik, ibu angkat kepada Fatin tidak jauh dari rumah Mak Itam..
 
 Pada petang itu juga....
    "Hah,aku ingat..lepas jumpa pokok besar macam ni kat simpang tiga,..belok kanan..."Farah cuba memerah otak mengingat jalan ke Jitra..
      Beberapa minit kemudian...
     "Pokok 'macam ni'?..berapa banyak pokok macam ni boleh kita jumpa kat sini cik Farah oii!...kita nak sampai balik ke arau dah ni..tengok signboard kat depan tu,"Ain menjuihkan mulutnya ke arah signboard yang diperkatakan.
   
'ARAU 500 m..gawat,gawat..Apalah nasib hari ini..masaku habis di dalam Myvi mencari satu jalan yang benar untuk kesekian kalinya..,'aku bermonolog sendiri sambil membaca signboard...Kepalaku yang sudah mula pening memaksa aku memejamkan mata untuk cuba menghilangkannya..

Aku tersedar apabila handphone Nokia 2730 Classic di dalam poketku menyanyikan lagu Satu Malaysia...
'Huh?Fiza?'aku menyoroti nama pada skrin telefon...jam sedang menunjukkan jam 7.08 malam..
--------------------------------------------------------------------------------------------
"Mia, baca ayatul kursi sekarang...yang lain pun tolong baca ayatul kursi and jangan putus-putus berzikir..," pesan Fiza yang seperti tidak cukup nafas walhal setahuku dia sedang memandu...??
Aku dapat merasakan udara yang kurang mengenakkan di sekelilingku..Tanpa sebarang soalan tambahan,aku menyampaikan pesanan tersebut kepada seisi kereta..Mereka yang lain turut memberi respon yang agak lain dari kebiasaan tetapi tetap menurut.
    Myvi yang dipandu Fiza meluncur laju ibarat tiada limit had kelajuan walaupun sedang meredah jalan kampung dan yang lebih memusykilkan aku adalah....jalan tu sunyi lain macam!!....

Kami singgah di Kolej Matrikulasi Changlun untuk mengerjakan solat maghrib..Fiza, Ika dan Farah sempat menguis-nguis 'memori daun pisang'  mereka sambil menghirup udara malam. Udara yang pernah menemani mereka sewaktu menimba ilmu di situ....
  Beberapa jam berlalu dan kami sudah menjejakkan kaki di pintu B6.A2.1H dengan muka yang tak ubah seperti kucing lepas beranak..huh..letih!

pen off>>>











No comments:

Post a Comment